|
Daripada: Zamri
Mohamad
Lokasi: SOHO (Small
Office Home Office)
Melaka Bandaraya
Bersejarah
Assalam
alaikum. Saya Zamri Mohamad, penulis buku sepenuh masa
di negara ini. Sebelum ini saya merupakan penyelidik
bebas bagi sebuah konsultan dan jururunding bisnes kecil
di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun
2005.
Kegawatan seluruh dunia kesan daripada krisis ekonomi
yang berlaku menjadikan para peniaga dan bakal usahawan
berhadapan dengan kebimbangan. Dalam keadaan genting ini,
kita memilih untuk membuka bisnes yang relevan dan
bertahan ketika gawat. Peniaga sedia ada mencari-cari
strategi bagi memastikan bisnes terus kekal.
Setelah
mengenalpasti trend yang berlaku kini, bersedia awal
adalah caranya. Tetapi strategi ini harus keluar
daripada pemikiran orang bisnes yang pernah memulakan
bisnesnya pada zaman gawat. Strategi juga keluar
daripada pengamal bisnes yang melalui beberapa turun
naik dalam bisnes.
Kedua-dua formula ini saya perolehi daripada dua pemikir
bisnes yang relevan dengan keperluan anda. Ia akan
membantu anda bertahan dan kekal dalam bisnes meskipun
dalam kegawatan.
Pelajari formula bisnes daripada kisah usahawan zaman
gawat di Malaysia

Skali
Lagi
RM
30.00 termasuk surcaj dan kos penghantaran
Bagaimana melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta dalam
zaman gawat?
Bagaimana berhadapan dengan keadaan kehilangan pekerja
secara serentak ketika organisasi dalam
krisis?
Bagaimana mahu mencipta persepsi yang positif mengenai
di hadapan klien ketika mana organisasi sedang selangkah
lagi bakal berkubur menjadi sejarah.
Bagaimana berhadapan dengan keadaan kehilangan rakan
kongsi yang sangat penting dalam bisnes ketika mana
bisnes perlu survival dalam keadaan gawat?
Tidak
ada individu yang layak bercerita mengenai strategi
bisnes pada zaman gawat melainkan Tengku Farith
Rithaudin. Tengku Farith Rithaudden adalah Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan (Group CEO) SKALI. Keadaan di atas
adalah perkara yang dilaluinya dan diberitahu cara
mengatasinya.
Beliau
memulakan kerjaya dengan menyertai sebuah bank pelaburan.
kemudian berpindah ke sektor industri pembinaan sebelum
menceburi bidang keusahawanan teknologi pada era 90-an
Selepas melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam
bisnes, beliau menghasilkan buku ini bagi berkongsi
pengalamannya dengan usahawan-usahawan lain. Diharapkan
kisah suka duka yang dialami oleh SKALI menjadi panduan
dan inspirasi kepada usahawan lain, terutama mereka yang
masih bekerja keras untuk berjaya dan bercita-cita
menceburi bidang keusahawanan.
Menariknya, pengalaman beliau diceritakan satu persatu
dan sesuai diadaptasi dalam bisnes-bisnes lain selain
bisnes dot-com. Dato Nazir Razak, eksekutif Kumpulan
CIMB berkata, “Farith berkongsi pengalaman kumpulannya,
kegagalan dan kejayaan dengan gaya yang mudah dan
menghiburkan, menunjukkan komitmen beliau dalam membantu
orang lain.”
Mesti dibaca untuk memulakan dan menjalankan bisnes
ketika gawat!

Pendedahan mengapa bisnes yang terlalu baik dan terlalu
laku petanda bisnes itu akan tutup!

Memulakan Bisnes Sendiri
Harga
RM38.00 termasuk surcaj dan kos penghantaran
Bagaimana orang politik
mempercepatkan sebuah bisnes ditutup di Malaysia!
Bagaimana mencari calon
isteri untuk calon usahawan
Ada cerita di sebalik usahawan, cinta dan seks
Benarkah mitos "Usahawan Cina bunuh potensi Melayu"
Bisnes yang terlampau baik atau bisnes terlalu laku
menandakan bisnes itu bakal rugi?
Semua perkara ini
didedahkan dalam buku ini.
Kebanyakan buku motivasi keusahawanan yang ada dalam
pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi
lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya
mencerminkan realiti.
Buku-buku itu mengatakan semua
orang boleh berjaya dalam dunia perniagaan, suatu hal
yang tidak benar.
Realitinya, bukan semua orang
mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan
semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, ataupun
muzik ataupun politik.
Buku ini ditulis untuk saudara yang baru hendak mencari
peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan
memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran
lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan
bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu amat meleset
daripada realiti sebenar.
Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal
pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh
mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya
saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.
Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes.
Mereka
yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak
cukup besar.
Siapakah yang lebih perlu membaca buku ini? Jikalau
saudara tidak mempunyai bakat bisnes, tetapi saudara
sedang merancang memasuki dunia bisnes, maka saudara
termasuk orang yang mesti membaca buku ini sebelum
mengorak langkah memasuki dunia bisnes.
Jikalau saudara mempunyai bakat, saudara juga boleh
mendapat manfaat daripada buku ini. Jadi, bacalah.
Mudah-mudahan saudara tidak melakukan kesilapan
sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang lain, yang
ceritanya diterangkan dalam buku ini.
Buku
ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd yang merupakan
pengerusi kumpulan anak syarikat PTS Publication Sdn Bhd.
Buku ini telah menembusi Indonesia. Ia telah diulang
cetak dan dikemaskini. Antara buku bisnes terbaik
rujukan di negara ini.
Buku bestseller dan diterbitkan dalam bahasa Indonesia!

 
|